SEJARAH RINGKAS MSYRS

Bangunan MSYRS pada 23 November 2012 (Jumaat) setelah dinaik taraf

SEJARAH RINGKAS MASJID SULTAN YUSSUF RAPAT SETIA, IPOH

DARI   PERLETAKAN  BATU ASAS  SEHINGGA KE PERASMIANNYA

Bangunan MSYRS, Ipoh

Bangunan MSYRS, Ipoh (sebelum November 2012)

Latarbelakang:

Pembukaan petempatan  Rapat Setia, Gunung  Rapat, Ipoh

adalah mempunyai hubungkait dengan penubuhan Syarikat

Kerjasama Orang-Orang Melayu, Ipoh  pada  24  April  1953.

Pembinaan   Fasa  Pertama  rumah kediaman di Rapat  Setia

ini   telah  dilaksanakan   dalam   tahun  1959.  Sejak  dari itu

pembinaan  perumahan berjalan  lancar dan  penduduk yang

mendiami   kawasan  Rapat   Setia    ini  semakin  bertambah

ramai jumlahnya.

Almarhum Dato’ Haji Ahmad Damanhuri Bin Haji Abdul Wahab seorang daripada Pengasas Syarikat Kerjasama Orang-Orang Melayu Ipoh, Berhad pada 24 April 1953. Kini Koperasi tersebut dikenali sebagai Koperasi Perumahan Melayu Kinta Berhad

Koperasi Perumahan Melayu Kinta Berhad yang terletak di Jalan Jaafar Taha, Rapat Setia telah ditubuhkan pada tahun 1953.

Untuk  memenuhi  keperluan  penduduk  di   sini,  dalam Fasa

Ketiga   pembinaan  perumahan,   sebuah   surau  / madrasah

telah dibina. Ia  telah  dirasmikan oleh  D.Y.M.M.  Paduka  Seri

Sultan Idris Shah  dalam  tahun  1963. Sebenarnya  pembinaan

surau  ini adalah menjadi asas untuk pembinaan Masjid Sultan

Yussuf, Rapat Setia  dan sesungguhnya pemilihan nama masjid

ini juga adalah dilakukan / atas  pekenan Ke  Bawah Duli Tuanku

sendiri.

Pembinaan Masjid Sultan Yussuf, Rapat Setia, Ipoh:

Hasrat untuk membina sebuah masjid di petempatan Rapat Setia

lahir setelah kebenaran mendirikan Solat Fardu Jumaat di Kariah

ini  diperolehi  daripada  Jabatan  Hal  Ehwal  Agama Islam Perak

bermula  dari   bulan  Mac  1973.  Sebelum   ini  penduduk  Kariah

Rapat Setia / Hillview terpaksa  menunaikan  Solat Fardu  Jumaat

di  beberapa buah masjid seperti Masjid Sungai Rokam dan Masjid

Kampung   Melayu.   Ada   juga  yang  bersembahyang   Jumaat di

Masjid Negeri (Masjid Sulatn Idris Shah II, Ipoh). Oleh itu sebuah

“Jawatankuasa Pembinaan Masjid Sultan Yussuf Rapat Setia, Ipoh”

telah  dibentuk.  Jawatankuasa Pembinaan Masjid tersebut adalah

terdiri daripada:

Penasihat:

Allahyarham Tuan Hj Ayub Bin Alang Abdullah, PJK.

(Kembali ke rahmatullah pada 11.07.1974)

Tuan Hj Ahmad Damanhuri Bin Hj  Abd Wahab, PMP., PLK.

Allahyarham Tuan Hj Abdul Aziz Bin Abdul Salam,

(Kembali ke rahmatullah pada 08.08.1978)

Tuan Hj Abdul Kahar Bin Abdul Jabar, PJK.

Pengerusi:

Tuan Hj. Mohd Nuruddin Bin Tak, AMN., AMP.

Naib Pengerusi:

Tuan Hj. Nuruddin Bin Tamin,

Setiausaha:

En. Mokhtar Bin Othman,

Bendahari:

Tuan Hj. Mohd Isa Bin P.M. Dahu,

AJK:

Tuan Hj. Harith Bin Hj. Ibrahim.

Allahyarham Tuan Hj. Abdullah Bin Hj. Abd Rahman.

(Kembali ke rahmatullah pada 03.02.1978)

Allahyarham Tuan Hj. Mahmod Bin Hj. Abd Rahman,

(Kembali ke rahmatullah pada 02.01.1977)

Tuan  Hj. Ismail Bin Mohd Salleh,

Tuan Hj. Ahmad Bin Jalaluddin,

En. Ismail Bin Hj. Sidek,

Allahyarham  En. Jamek Bin Bani,

(Kembali ke rahmatullah pada 31.03.1979)

Tuan Hj. Adnan Bin Mohd Wazir (mulai 26.10.1977)

Tuan Hj. Ahmad Bin Abdul Wahab (mulai 26.10.1977)

En. Mustaffa Bin Mohd Radzi (Mulai 26.10.1977)

En. Abdul Wahab Bin Hj. Tahir (Mulai 26.10.1977)

Tuan Hj. Osman Bin Bajuri  (mulai 26.10.1977)

Tabung Pembinaan Masjid  Rapat Setia:

Jawatankuasa tersebut telah menubuhkan sebuah

Tabung Pembinaan Masjid Rapat Setia.  Pungutan

derma untuk pembinaan masjid telah dilancarkan

dan dengan usaha gigih Jawatankuasa ini sejumlah

RM 81,000.00   telah  berjaya  dipungut  daripada

penderma  di  Kariah  Rapat  Setia  / Hillview  serta

dari luar kawasan. Sementara itu Kerajaan Negeri

Perak telah sudi memberikan sumbangan berjum-

lah   RM  62,000.00 .  Dengan   wang     berjumlah

RM 143,000.00 itu (pada tahun 1978)  maka akan

terlaksanalah impian penduduk Rapat Setia / Hill-

view untuk mempunyai sebuah masjid di kawasan

ini.   Jumlah  tersebut  hanya  cukup  untuk  biaya

pembinaan  sahaja,  sementara  bagi  kelengkapan

masjid,  Ahli  Jawatankuasa  pembinaan  terpaksa

mencari dana yang lain. Upacara Perletakan Batu

Asas Bangunan Masjid Sultan Yussuf, Rapat Setia,

Ipoh  ini  telah disempurnakan  oleh Y. A. B.  Dato’

Seri Haji Wan Mohamed Bin Haji Wan Teh, SPCM.,

PJK.,JP., Menteri Besar Perak Darul Ridzuan pada

22  Januari  1978  (Ahad).

Y.A.B. Dato’ Seri Haji Wan Mohamed Bin Haji Wan Teh (Menteri Besar Perak Darul Ridzuan)

Sebenarnya kerja-kerja pembinaan bangunan Masjid

Sultan  Yussuf,  Rapat  Setia  ini   adalah  dibahagikan

kepada  dua bahagian  iaitu membina ruang  /  dewan

solat  di  bahagian   hadapan masjid  sekarang  ini dan

menaik taraf serta menyambungkan bangunan surau

yang  sedia ada itu dengan bangunan  /  ruang masjid

yang  baharu. Kerja-kerja  pembinaan  telah  berjalan

dengan lancar dan teratur. Dalam tempoh yang  agak

singkat, kerja-kerja naik taraf serta pembinaan masjid

telah  dapat disempurnakan.  Pada  penghujung  bulan

Jun  1978,   Masjid   Sultan  Yussuf,  Rapat  Setia  telah

dapat  digunakan dengan sepenuhnya dan  selesa oleh

para  jemaah,  khususnya   jemaah  dari  Kariah  Rapat

Setia  /  Hillview.

Ahli Jawatankuasa Masjid Sultan Yussuf,

Rapat   Setia,  Ipoh,  Perak  (Tahun   1980)

Penasihat:

Dato’ Seri Hj.  Abdul Aziz Bin Hj. Mat Jabar, SPMP.

Tuan Hj.  Abu Bakar Bin Mohd Yasin, SMP., AMN.,

PJK.

Tuan Hj.  Abdul  Kahar  Bin  Abdul Jabar, PJK.

Pengerusi:

Tuan Hj. Ahmad Damanhuri Bin Hj. Abdul Wahab,

PMP., PJK.

Naib Pengerusi:

Tuan Hj.  Nuruddin Bin Tamin,

Setiausaha:

Tuan Hj.  Adnan Bin Hj. Mohd Wazir.

Bendahari:

En. Mokhtar Bin Othman,

AJK:

Tuan Hj. Mohd Nuruddin Bin Tak,  AMN., PPT.

En. Abdullah Bin Mohd Hashim, AMN. (Mejar),

En. Mazlan Bin Osman, PJK.

En. Abdul Wahab Bin Hj. Tahir.

Tuan Hj. Osman Bin Bajuri,

En. Saimi Bin Khalid,

En. Mustaffa Bin Mohd Radzi,

En. Mustaffa Bin Mohd Radzi (Kini Haji) yang melibatkan diri sejak awal pembinaan MSYRS. Sekarang beliau masih bertugas sebagai Bilal.

Pemeriksa Kira-Kira:

En. Kamaruddin  Bin Uda Menun,

En. Kamaruddin Bin Uda Menun (Kini Haji), sehingga sekarang masih menyumbangkan khidmat bakti kepada MSYRS

En. Nuruddin Bin Itam Fajar,  PPT.

Pegawai-Pegawai Masjid Sultan Yussuf

Rapat Setia, Ipoh, Perak  (Tahun 1980)

Imam:

Tuan Hj. Ahmad Damanhuri Bin Hj. Abdul Wahab,

PMP., PJK.

Tuan Hj. Adnan Bin Hj. Mohd Wazir,

Tuan Hj. Mohd Walid Bin Alang Ahmad,

Tuan Hj. Ahmad Bin Abdul Wahab,

En. Mokhtar Bin Othman,

Tuan Hj. Abu Bakar Bin Mohd Yatim,

Bilal:

Tuan Hj. Mohd Isa Bin P.M. Dahu,

En. Osman Bin Ahmad Damanhuri, PJK.

En. Osman Bin Hj. Ahmad Damanhuri (Kini Haji). Sekarang beliau bertugas sebagai Imam MSYRS

En. Mohd Shukor Bin Khalid,

En. Nuruddin Bin Itam Fajar, PPT.

En. Mustaffa Bin Mohd Radzi,

En.  Abdul  Latip Bin Abdullah,

En. Abdul Latip Bin Abdullah (Kini  Haji)

Siak:

Tuan Hj. Osman Bin Awang,

En. Mohd Ariffin Bin Dapat,

Pemungut Yuran Masjid:

En.  Abdullah Bin Kulup Ahmad.

Gambar Pegawai dan AJK Masjid Sultan Yussuf, Rapat Setia ini diambil pada 04.08.1978 (Duduk nombor 7 dari kiri: Tuan Hj. Ahmad Damanhuri Bin Hj. Abdul Wahab, Pengerusi MSYRS, Ipoh).

Upacara Perasmian Bangunan Masjid

 

Sultan     Yussuf, Rapat   Setia,    Ipoh

Sebuah      Jawatankuasa     telah    dibentuk    bagi

menyelaras    serta    membuat   persediaan  untuk

Majlis   Perasmian   Masjid   Sultan  Yussuf,  Rapat

Setia. Tarikh  upacara perasmian  telah ditetapkan

pada  12   September  1980  (Jumaat )   bersamaan

03   Zulkaedah  1400  Hijrah. Upacara  tersebut  di-

sempurnakan   oleh    Paduka    Seri   Sultan   Perak;

D.Y.M.M.  Paduka  Seri Sultan  Idris  Almutawakkil

Alallahi Shah Ibn Almarhum Sultan Iskandar Shah

Kaddasallah, DK., DMN., DK. (Johor), DK. (Pahang),

DK. (Terengganu), S.P.C.M., S.P.T.S., S.P.M.P., P.J.K.,

iaitu  dalam rangka  lawatan Ke  Bawah Duli  Baginda

ke Daerah Kinta bersempena dengan Perayaan Ulang

Tahun Yang  Ke 56   Hari  Keputeraan Ke Bawah  Duli

Tuanku.

D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Idris Shah, telah berkenan menyempurnakan Pembukaan Rasmi Masjid Sultan Yussuf, Rapat Setia, Ipoh pada 12 September 1980 (Jumaat) bersamaan 03 Zulkaedah 1400 Hijriah.

Aturcara Majlis Pembukaan Rasmi Bangunan Masjid

Sultan Yussuf,  Rapat Setia,  Ipoh, Perak   D. Ridzuan

Pada Hari Jumaat, 12 September 1980 itu, aturcara

yang rapi telah disusun. Majlis bermula pada pukul

11.20 pagi dan tamat pada pukul 2.00 petang ,  iaitu

dengan keberangkatan pulang D.Y.M .M. Paduka Seri

Sultan Perak.

Susunan aturcara majlis tersebut adalah seperti berikut:

11.20 pagi  :   Ketibaan para jemputan,

11.30 pagi  :    Dif-dif kehormat dan para jemputan

mengambil tempat,

11.35 pagi  :    Ketibaan Y.A.B. Menteri Besar Perak,

11.50 pagi  :    Keberangkatan tiba D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan

Perak,  Bacaan  Ayat Suci Al-Quran oleh Qari Jemputan,

12.00 tgh    :    Ucapan aluan oleh Pengerusi Jawatankuasa Masjid

Sultan Yussuf, Tuan Hj.  Ahmad Damanhuri Bin Hj. Abdul Wahab,

PMP., PJK.

12.10 tgh     :     Ucapan Y.A.B. Dato’ Seri Hj. Wan Mohamed Bin Hj.

Wan Teh, SPCM., PJK.,  JP. Menteri Besar Perak.

12.20  tgh     :    Titah Ucapan D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak,

seterusnya merasmikan bangunan Masjid Sultan Yussuf,

12.35 tgh      :      Bacaan Doa oleh Alfadil Tuan Hj. Yahya Bin Hj.

Muhammad,  AMP.,  Kadi Ipoh,

12.45 tgh     :       Keberangkatan  D.Y.M.M.  Paduka  Seri  Sultan

Perak masuk  ke masjid,

12.50 tgh    :      Azan oleh En.  Mohd  Shukor Bin  Khalid. Sembahyang

fardu   Jumaat   diimamkan   oleh  Sahibul  Samahah  Dato’   Hj.   Mohd

Ghazali  Bin   Hj.  Abdullah,  DPMP.,  AMN.,  PPT.

1.30 ptg       :      Jamuan tengahari,

2.00 ptg      :       Keberangkatan pulang D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak.

 

Buku Aturcara Pembukaan Rasmi Bangunan MSYRS pada 12 September 1980 (Jumaat)

Kata-Kata Aluan Y.A.B. Dato’ Seri Haji Wan Mohamed Bin Haji Wan Teh (Menteri Besar Perak) dalam Buku Aturcara Pembukaan Rasmi MSYRS, Ipoh

Sekapur Sirih Oleh Pengerusi MSYRS, Ipoh dalam Buku Aturcara Pembukaan Rasmi Bangunan Masjid (12 September 1980 – Jumaat)

Penutup:

Dengan  berlangsungnya  Upacara  Pembukaan  Rasmi  Bangunan Masjid

Sultan yussuf, Rapat Setia, Gunung Rapat, Ipoh pada 12 September 1980

bersamaan 03 Zulkaedah 1400  Hijriah, ole h Ke Bawah  Duli  Paduka Seri

Sultan   Perak  itu,   maka   termakbullah   sudah   hajat,  impian  dan  doa

penduduk Kariah Rapat Setia / Hillview untuk memiliki sebuah masjid di

kawasan ini. Oleh itu dapatlah mereka  menunaikan ibadat  kepada  Allah

dengan penuh keimanan dan taqwa, khusyuk, tawaduk serta lebih selesa

lagi di samping dapat meningkatkan lagi syiar Islam, berupaya  menjana

perpaduan ummah serta  meningkatkan kefahaman terhadap  ilmu-ilmu

agama Islam.  ” Semoga   masjid  yang  indah  ini  tidak  sahaja dikunjungi

setiap  masa  sebagai  tempat  beribadah  malah dijadikan pusat  kegiatan

perkembangan  keagamaan seumpama  dakwatulislamiah, pengajian  dan

pendidikan   agama  serta  ibadah  qurban  dan  lainnya  yang   mana  telah

dimulakan     itu;    dapat    diperbuat     dari     setahun     ke    setahun ”    (1).

Catatan:

 

Ketika rencana ini disusun, sesungguhnya Masjid Sultan Yussuf, Rapat

Setia, Ipoh telah mencapai tahap kemajuan yang pesat serta membang-

gakan dalam  segala  bidang. Bangunan  dan  kemudahan fizikal telah di-

naiktaraf. Contohnya;  ia telah dilengkapi dengan alat penghawa dingin

serta mempunyai sebuah perpustakaannya sendiri. Segala aktiviti yang

dilaksanakan  sentiasa berjalan lancar dan  mendapat  sambutan  hebat

daripada para jemaah. Sebagai contoh, kelas pengajian agama  tersusun

begitu rapi serta  mendapat sambutan. Program-program lain yang  ber-

tujuan untuk  mengimarahkan  masjid  juga  dijalankan  dari  semasa  ke

semasa. Pada 26 Mei 2008 pula, Masjid Sultan Yussuf, Rapat Setia, Ipoh

telah berjaya menerbitkan ” Buku  Senarai Ahli Kariah” untuk  kedua  kali-

nya, iaitu   Edisi 2008.

Buku Senarai Ahli Kariah Masjid Sultan Yussuf, Rapat setia, Ipoh (Edisi 2008)

Pada  awal  bulan  Mac  2009   pula,   Masjid   Sultan  Yussuf, Rapat  Setia

telah  pula  brjaya   membeli    sebuah  rumah  dan   lot  tanah  di  No.  44,

Jalan Raja Musa Mahadi, yang  terletak  bersebelahan  masjid  ini dengan

harga   RM 200,000.00 .    Pembiayaan  bagi  pembelian  tersebut  adalah

atas   sumbangan  derma  daripada  orang  ramai.

Rumah di No. 44, Jalan Raja Musa Mahadi, Rapat Setia yang telah dibeli oleh MSYRS, Ipoh dan dijadikan Rumah Penginapan (Home Stay)

_________________________________________________________________

(1)  Hj.  Ahmad  Damanhuri  Bin Hj.  Abdul   Wahab,  PMP.,   PJK.

Pengerusi  Masjid Sultan Yussuf, Rapat Setia, Buku Cenderamata

Perasmian  Bangunan  Masjid  Sultan Yussuf,  Rapa t Setia, Ipoh,

m.s.  8,  Jabatan  Percetakan  Negara,  Ipoh, 1980.


LAMPIRAN:

Gambar-Gambar Mengenai Masjid Sultan Yussuf, Rapat Setia, 31350 Ipoh

 

 

Mej. (B) Haji Abdullah Bin Mohd Hashim, AMN., PPT. (Mantan Pengerusi JK Masjid Sultan Yussuf Rapat Setia, Ipoh dari 1986 – 2009)


 

Tuan Haji Mohamad Alwi Bin Taib, AMP., PPT. (Pengerusi JK. Kariah Masjid Sultan Yussuf, Rapat Setia (MSYRS) sekarang

Gambar bangunan MSYRS, Ipoh yang diambil pada 04 Ogos 1978

Bandingkan keadaan bangunan MSYRS, Ipoh sekarang (yang tersergam indah) dengan bangunan lama (dalam tahun 1978) iaitu kira-kira 30 tahun yang lalu

Bangunan MSYRS, Ipoh (pada 23 November 2012)