Latarbelakang:
Perpustakaan MSYRS Ipoh telah
ditubuhkan sejak tahun 1988,
Ia ditempatkan di sebuah bilik/
stor di bahagian belakang

Tuan Hj. Salleh Bin Abdul Karim (Pengerusi Biro Pendidikan Dan Dakwah MSYRS merangkap Pengurus Perpustakaan MSYRS)
masjid ini.
Perpustakaan ini kurang men-
dapat sambutan para jemaah
(mungkin kerana kedudukannya
yang tidak berapa sesuai/kurang
strategik). Oleh itu mulai tahun
2006, buku-buku perpustakaan
ini telah dipindahkan ke ruang
solat masjid. Nampaknya ia mula
menarik minat para jemaah; ter-
dapat sebahagian jemaah yang
mula membaca buku-buku terse-
but.
Pembinaan Bilik Perpustakaan Baru
Mulai Ogos 2008 usaha telah di-

Tuan Hj. Mohamad Alwi Bin Taib (Pengerusi JK Pendidikan 2008) yang mencetuskan idea untuk pembinaan bilik Perpustakaan MSYRS yang baru
buat oleh Jawatankuasa Pendidikan
MSYRS yang dipengerusikan oleh
Tuan Haji Mohamad Alwi Bin Taib
bagi mewujudkan sebuah bilik
Perpustakaan yang baru.
Sebuah bilik berukuran 20′ x 15′
yang terletak di tingkat bawah
masjid ini (di sebelah kiri
bahagian belakang masjid)
telah dikenalpasti. Anggaran

Tuan Hj Salleh Bin Abdul Karim (Mantan Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang) sedang bertugas di Perputakaan MSYRS secara sukarela
untuk mengubahsuai serta
menaiktaraf bilik tersebut
adalah berjumlah RM 7,320.00
sementara kos untuk pembelian
buku pula berjumlah sebanyak
RM 13,000.00. Akhirnya setelah
kerja-kerja naik taraf selesai, maka
Bilik Perpustakaan tersebut telah
menjadi realiti.
Perpustakaan MSYRS Kini
Kini Perpustakaan MSYRS
mempunyai lebih kurang
400 jodol buku dan telah
direkodkan. Tuan Haji
Salleh Bin Hj Abdul Karim
(merangkap Pengerusi
Biro Pendidikan Dan
Dakwah MSYRS) menjadi
Pengurusnya. Ia dibawah
kelolaan Biro Pendidikan
Dan Dakwah masjid ini.
Klasifikasi Buku:
0001 – 0999 : Al-Quran; Mushaf,
Terjemahan, Tafsiran, Asbabul
Nuzul dan lain-lain.
2000 – 2999 : Al Hadith; Hadith
Al Bukhari, Sahih Muslim,
Sunnan Abu Daud dan lain-lain.
3000 – 3999 : Bahasa; Bahasa Al-
Quran, Bahasa Inggeris, Kamus dll.
4000 – 4999 : Sirah Nabi; Sejarah
Nabi, Perjuangan dan perjalanan
hidup Nabi, Sejarah sahabat-sahabat
Nabi, Pengembangan Islam ke
pelusuk dunia
5000 – 5999 : Feqah, Tasawuf, Tauhid
6000 – 6999 : Sains
7000 – 7999 : Buku Kanak-Kanak
Jadual Perpustakaan:
Waktu dibuka: 7.30 mlm – 8.45 mlm
setiap hari kecuali jika ada kelas
pengajian agama selepas solat
maghrib (Sila rujuk Jadual Bulanan
Kelas Pengajian Agama MSYRS)
Hari Rabu (Malam Khamis) hanya
dikhaskan untuk para jemaah wanita
sahaja.
Kegunaan Lain:
Bilik Perpustakaan MSYRS ini juga
digunakan untuk mengadakan
Mesyuarat AJK Biro, tempat
kelas pengajian ( yang bilangan
pesertanya kecil) atau untuk menga-
dakan taklimat bagi wakil-wakil guru
sekolah yang menyertai program
anjuran MSYRS, Ipoh seperti pertan-
dingan-pertandingan sambutan Maal
Hijrah (setiap tahun).