KHUTBAH JUMAAT 07 SEPT.2012

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,

            Marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t., kerana pada minggu lepas, kita telah dapat merayakan Hari Ulang tahun Kemerdekaan kita yang ke 55.  Dua minggu sebelum itu kita manyambut Hari Raya Aidil Fitri.  Bermakna dalam dua minggu, kita merayakan dua hari perayaan yang sangat bermakna, dalam kehidupan duniawi dan ukhruwi kita. Hari kemerdekaan adalah hari kebebasan kita dari penjajahan, dan Hari Raya Aidil Fitri juga adalah hari kebebasan bagi kita, kerana kita selesai menjalani perintah Allah menunaikan puasa sebulan bulan Ramadhan, dan kita mendapat kebebasan untuk makan dan minum pada siang hari.

            Memang benar kemerdekaan adalah kebebasan.  Bagi orang-orang yang tidak pernah merasa hidup di bawah kuasa penjajahan, mungkin kebebasan atau kemerdekaan ini, tidak dapat di hargai dan dinilai dengan sepenuh hati.  Bagi yang berumur lebih enam puluhan, mereka dapat menghayati perbezaan hidup di bawah penjajahan, dan hidup di dalam alam kemerdekaan.

            Jika kita ingin merasa bagaimana suasana hidup di bawah penjajahan, kita  boleh cuba pergi ke Selatan Thailand, samada di Patani, Yala atau Narithiwat.  Wilayah-wilayah ini dahulu, adalah negeri-negeri yang merdeka dan bernuang di bawah kerajaan Melaka.  Apabila Melaka di takluk oleh Portugis, Negeri-negeri Selatan Thailand  ini  telah dikuasai oleh Kerajaan Siam di Ayuthia semula, termasuk negeri-negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.  Apabila Perjanjian Burney ditandatangani di Bangkok  pada tahun 1909, antara Kerajaan Siam dengan Kerajaan Inggeris,  nasib baik Negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu diserahkan kepada Pemerintahan Inggeris; tetapi negari-negeri lain, yang juga mempunyai penduduk berbangsa Melayu saperti Patani, Yala, Narathiwat, Satun, Songkla dan 14 daerah yang lain di selatan Thailand dibiarkan terus di bawah Pemerintahan Siam hingga ke hari ini.

            Kita bersyukur kerana dengan usaha gigih pejuang-pejuang kemerdekaan, kita telah dapat mencapai kemerdekaan 55 tahun yang lalu. Kita terpaksa memandang dengan sedih, saudara-saudara kita di 14 wilayah selatan Siam yang masih di bawah pemerintahan Siam yang beragama Budha.  Agak sensitif dalam perhubungan Antara Bangsa untuk mengungkit 14 wilayah di selatan Thailand itu di bawah penjajahan Siam, kerana kita duduk di dalam Asean bersama Thailand.  Tetapi hakikatnya: penduduk di Selatan Thai adalah bangsa yang sama saperti orang-orang Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.  Bahkan Raja-Raja Kelantan dan Terengganu, mempunyai pertalian darah dengan keluarga Raja-Raja Petani. Walau pun ada usaha untuk mendapatkan kemerdekaan bagi wilayah-wilayah itu, tetapi hingga sekarang mereka masih belum berjaya mendapat kemerdekaan.

            Jika kita ingin melihat bagaimana kehidupan rakyat di bawah negeri yang tidak merdeka kita boleh pergi ke sana.  Kita boleh melihat bagaimana dhaifnya  kehidupan mereka baik dari segi beragama mau pun dari segi ekonomi.  Ramai daripada mereka yang hidup sama saperti kehidupan kita, sebelum merdeka tahun 1957. Mereka tidak bebas menjalankan kehidupan, tanpa mendapat kebenaran dari Kerajaan Thailand.

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,

            Bagi orang-orang yang berumur 65 tahun ke atas, mereka boleh mengingat bagaimana sakitnya kehidupan sebelum merdeka – di bawah penjajahan.  Pada masa itu rata-rata orang-orang Melayu miskin. Mereka hidup di kampung di rumah-rumah kayu berlantai papan dan beratapkan daun nipah atau daun rumbia.  Tidak ada sebuah pun rumah yang ada lampu elektrik termasuk rumah Tok Penghulu.  Janganlah bermimpi untuk menonton TV.  Radio pun kalau ada menggunakan bateri kering.  Kenderaan yang paling popular ialah basikal Hercules atau Raleigh, untuk ke bandar atau menganggkut padi dari sawah. Jika ada sesiapa yang berani menyebut merdeka sudah tentu akan disumbatkan ke penjara.

            Sebelum merdeka tidak ada sebuah pun sekolah menengah  aliran Melayu untuk anak-anak Melayu.  Yang ada cuma sekolah Rendah yang dipanggil Sekolah Melayu yang  berlantai papan dan beratap nipah. Yang  baik sadikit beratap genting. Murid darjah satu duduk bersila di atas lantai dan menulis di papan batu. Darjah dua dan tiga baru ada meja yang berkongsi dua orang dan boleh menulis pakai pensil dan buku.  Murid darjah 4 dan 5 baru dapat meja se orang satu dan boleh pakai pen dan dakwat.

            Sekolah Menengah Melayu pertama ialah Sekolah Tunku Abd. Rahman di Ipoh dan Sekolah Menengah Datok Razak di Tanjung Malim yang dimulakan pada tahun 1957 – tahun merdeka. Pada tahun merdeka itu tidak ada sebuah universiti pun di Malaysia. Universiti pertama iaitu Universiti Malaya baru ditubuhkan pada tahun 1962 iaitu 5 tahun selepas merdeka. Waktu merdeka cuma ada dua buah maktab untuk melatih guru Melayu iaitu SITC di Tanjung Malim dam MWTC di Melaka.

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,

            Dengan berkat kemerdekaan sekarang kita telah mempunyai lebih 20 Universiti Awam dan berpuluh-puluh Universiti sawasta, selain daripada Politeknik dan Maktab-Maktab Perguruan. Bangunan sekolah rendah hari ini hampir sama cantiknya dengan universiti di setengah-setengah negara.   Basikal Raleigh sudah tidak ada lagi,  di ganti dengan Proton,  Myvi atau  Honda Accord.   Jalan tanah merah di kampung semuanya telah bertar dan disambungkan  dengan lebuh raya.  Orang sakit tidak lagi berjumpa bomoh kerana Hospital dan klinik ada di mana-mana. Orang kampung tidak lagi meminjam wang dengan ceti dan pajak gadai tetapi pergi ke Bank-Bank Islam. Anak-anak zaman sekarang tidak lagi bermain guli dan galah panjang tetapi bermain games di komputer atau di  I Pad. Yang hendak menunaikan Haji tidak lagi naik kapal laut Anson dan kapal Bunga Raya, tetapi terbang dengan MAS atau Saudi Airline. Untuk membeli barang keperluan tidak lagi menunggu Ah Kau datang dengan basikal membawa raga sayur dan ikan, tetapi pergi Pasar Raya dan membayar dengan credit card.

            Semua ini adalah nikmat kemerdekaan, yang kadang-kadang kita lupa dan kita menyangka, semua kemudahan itu  datang sendiri, tanpa usaha selama 55 tahun ini.  Kita boleh lihat negara-negara yang merdeka sama dengan kita, ada yang masih di takuk lama juga.  Lihat sahaja di Ghana, di Sudan di Indo China bahkan di Indonesia sendiri. Ingatlah Allah tidak memberikan nikmat tanpa usaha gigih untuk mendapatkanya saperti firman Allah dalam surah Al Anfal ayat 53:

   y7Ï9ºsŒ  cr’Î/ ©!$# öNs9 à7tƒ #ZŽÉitóãB ºpyJ÷èÏoR $ygyJyè÷Rr& 4’n?tã BQöqs% 4Ó®Lym (#rçŽÉitóム$tB öNÍkŦàÿRr’Î/   žcr&ur ©!$# ìì‹ÏJy™ ÒOŠÎ=tæ ÇÎÌÈ  

 uang bermaksud: yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat, yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

Oleh itu dalam suasana menyambut hari raya dan Hari Kemerdekaan ini, marilah kita bersyukur kepada Allah di atas segala nikmat yang di kurniakan kepada kita.  Anjuran untuk bersyukur ini bukan sahaja satu  keperluan sosial, tetapi di suruh oleh Allah saperti firmannya dalam Surah Ibrahim ayat7:

øŒÎ)ur šc©Œr’s? öNä3š/u‘ ûÈõs9 óOè?öx6x© öNä3¯Ry‰ƒÎ—V{ ( ûÈõs9ur ÷LänöxÿŸ2 ¨bÎ) ’Î1#x‹tã ӉƒÏ‰t±s9 ÇÐÈ  

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalain,

            Amaran Allah supaya kita jangan kufur kepada nikmat Allah itu, bukan sahaja kepada orang yang tidak mahu bersyukur, tetapi lebih-lebih lagi kepada orang yang merosakkan nikmat yang telah diberikan Allah.  Kita lihat kejatuhan beberapa kerajaan dan tamadun dunia, adalah kerana penduduknya mengkhianati nikmat Allah yang diberikan.  Apabila mereka telah mendapat nikmat, mereka lupa diri dan hidup dengan kemewahan yang melampau, melakukan pembaziran, memuaskan nafsu syahwat, di luar batasan yang digariskan oleh Allah. Disamping itu berlaku pula  pengkhianatan dari dalam hingga menjatuhkan kerajaan dan tamadun yang telah dibina dengan susah payah.  Kejatuhan kerajaan Rome, Farsi, Kerajaan Bani Umayah, Kerajaan Bani Abasiah, kerjaan Andalusia bahkan kerajaan Melayu Melaka sendiri, mempunyai ciri-ciri kemewahan dan diburukkan dengan fitnah dan pengkhianatan dari dalam.

            Kerajaan Melayu Islam di Melaka yang dipimpin oleh Tun Perak, dengan kuasa dari Sultan Muzafar Shah dan Sultan Mansur Syah telah runtuh di zaman Sultan Mahmud Shah, kerana pembesar-pembesarnya hidup bermewah-mewah, dan pengkhianatan Kitul dan Raja Mudaliar.  Bendahara Tun Mutahir yang hidup mewah dikatakan mempunyai berpikul-pikul emas, hingga anak cucunya diberi bermain dengan emas.  Kitul dan Raja Mudaliar memfitnah Bendahara Tun Mutahir hingga Sultan Mahmud percaya dan membunuh Tun Mutahir.  Dalam keadaan bagitulah  Portgis datang dan dikatakan Kitul telah berenang ke kapal  Portugis dan  menyampaikan rahsia kekauatan Melaka kepada Al Fonso de Al Buqurque, hingga Melaka jatuh ke tangan Portigis dalam masa sepuluh hari.   

            Kerajaan Melaka yang berdiri bagitu kukuh meliputi seluruh semanajung Tanah Melayu termasuk sebahagian Sumatra iaitu Kampar, Siak, Inderagiri, Haru dan Pasai  dan juga Wilayah Selatan Thailand tersunggkur kepada Portugis. Umur kerajaan Melaka cuma 100 tahun iaitu dari tahun 1400 hingga 1511. Walau pun Sultan Mahmud mencuba hampir 20 tahun untuk kembali berkuasa tetapi tidak berjaya. Bagitu susah untuk mendapat semula kemerdekaan yang  telah terlepas.  400 tahun Melaka di kuasai penjajah hingga 1957 barulah Tunku Abd. Rahman berjaya membebaskan kita dari belenggu penjajahan.

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,

            Sekarang kita telah merdeka selama 55 tahun.  Baru separuh dari umur kerajaan Melaka.  Kita lihat gejala-gejala yang berlaku pada akhir pemerintahan Melaka telah kelihatan  bunga-bunganya. Wajah-wajah Kitul dan Raja Mudalir telah mula menampakkan diri.  Kerja memfitnah telah muncul dengan bentuk yang lebih moden. Budaya hidup bermewah-mewah telah menjadi amalan hingga cara  untuk mendapat kemewahan sudah melampaui garis-garis halal haram. Perebutan kuasa saperti yang berlaku kepada kejatuhan kebanyakan kerajaan yang dahulu telah memperlihatkan wajah-wajah yang amat jelek.

            Dalam perebutan kuasa ini kita sudah tidak dapat lagi mengenal yang mana kawan, yang mana lawan. Yang mana kaca yang mana intan. Yang mana keris yang mana pisau.  Yang mana harimau yang mana kucing. Musang yang  memakai bulu ayam disimpan di dalam reban berketak bersama ayam.  Gunting di simpan di dicelah kain dan mula menggunting dalam lipatan. Pagar yang pacak untuk menjaga padi telah mula memakan padi.   

            Jika kita tamak kita akan menjadi Lebai Malang.  Kerana tamak hendak memakan kedua-dua khenduri disebelah hulu dan sebelah hilir sungai,  ia berkayuh dahulu ke hulu dengan susah payah menungkah arus.  Bila sampai khenduri sudah langsai.  Berkayuh pula ke hilir kerana disangka mudah mengikut arus tetapi malang lagi, bila samapai khenduri dihilr juga sudah selesai dan kembali ke rumah dengan perut berkeroncong.

            Kita jangan juga  jadi saperti Pak Kaduk yang mempunyai ayam sabung yang baik yang tidak pernah kalah bersabung.  Bila dipujuk rayu dan dipuji oleh Raja untuk ditukar dengan ayamnya Pak Kaduk lupa diri dan sanggup bertukar ayam sabung kerana menyangka ayam yang baru lebih baik dari ayam lamanya.  Bila bertanding Pak Kaduk mempertaruhkan kampungnya kerana disangka ia akan menang.  Bila ayam bersabung,  ayam Pak Kaduk yang telah ditukar yang menang. Ayam barunya rebah terkulai.  Pak Kaduk tidak sedarkan diri – di sangkanya ia masih menjadi tuan ayamnya yang menang. Ia lupa ia telah menukar ayamnya dengan Raja.  Ia melompat bersorak kegirangan hingga baju dan seluar kertas yang dipakainya koyak rabak.  Bila telah bertelanjang bulat baru disedari bahawa yang menang bukan lagi ayamnya tetapi ayam yang telah ditukar.  Akhirnya ia cuma menang sorak  tetapi kampungnya tergadai. 

KHUTBAH KEDUA.

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,

            Sempena menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 55 ini marilah kita merenung nasib bangsa dan agama kita. Marilah kita beringat supaya jangan jadi saperti Pak Kaduk. Ayamnya menang kampung tergadai.  Jika sekali lagi kampung kita tergadai memang amat susah untuk menebusnya kembali.  Bangsa kita mengambil masa 400 tahun untuk menebus kampung yang telah tergadai.  Baru 55 tahun kita dapat kembali kampung kita.  Janganlah kita mempertaruhkan semula kampung kita dalam persabungan moden ini.  Ayam yang kita ada memang ada sadikit sebanyak kecacatan tetapi ia telah membuktikan kejaguhannya dalam persabungan di dalam dan di luar negara.  Janganlah ditukarkan ayam sabung kita kerana kokoknya kurang merdu atau bulunya kurang cantik tetapi lihat kepada kebolehan dan kemampuannya.  Janganlah kita menukarkan ayam sabung kita yang tangkas berjuang tetapi kokoknya kurang merdu dan terpesona dengan ayam yang kokoknya nyaring derai-derai. Kerana mungkin ayam yang kokoknya berdearai-derai itu ekornya bergelumang tahi.

2 thoughts on “KHUTBAH JUMAAT 07 SEPT.2012

  1. khutbah kali ini banyak manfaatnya, khususnya kepada generasi baru yang kebanyakannya tidak mengenal erti kesusahan masa penjajah. mudah-mudahan Allah SWT memberi ganjaran yang besar kepada empunya khutbah ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*